TAMAN HERBA

Thursday, August 21, 2008

AYAT AL QURAN DAN HADIS YANG BERKAITAN

Allah berfirman...

"Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai
hamparan dan yang telah menjadikan bagimu di bumi ini jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuh-tumbuhan yang
bermacam-macam"

"Makanlah dan gembalakanlah binatang- binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal"
(Toha/20:53-54)

"Dan apabila aku sakit Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku" (Asy Syuara':80)

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud...

"Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah"

Maksud Hadis Qudsi...

"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa"

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud...

"Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan menjadikan sesuatu penyakit itu ubat, kerana itu hendaklahlah semua kamu berubat dan janganlah berubat dengan benda yang haram"

SEJARAH DAN FALSAFAH MUNA ASY SYIFA'


Pn. Hajjah Maimunah Ismail
Pengasas Muna Asy Syifa
SEJARAH



SEJARAH ASAL-USUL NAMA MUNA ASY SYIFA'
Nama 'Muna' diambil daripada nama ibu kami yang telah menurunkan ilmu pengetahuan dan segala yang berkaitan tentang jamu kepada kami. Manakala 'Asy Syifa' pula bererti Penyembuhan. Perusahaan jamu keluarga turun temurun sejak lebih 30 tahun yang lalu telah lama dibuat oleh nenek moyang kami, cuma kali ini telah dikomersialkan secara menyeluruh kepada semua melalui promosi kami kepada kenalan dan seterusnya dan seterusnya kepada orang ramai.
Alhamdulillah, penerimaan mereka sangat memberangsangkan apatah lagi setelah terbukti keberkesanan khasiatnya dan seterusnya mereka memperkenalkan kepada orang lain pula. Jamu kami dibuat daripada 100% herba hutan. Kami menggunakan lebih daripada 80 jenis herba untuk menghasilkan produk yang ada.

MOTTO
TRADISIONAL.BERMUTU TINGGI. TANPA PENGAWET. 100% HERBA. TURUN TEMURUN. ASLI. LEBIH 40 TAHUN. BERSIH. TERBUKTI BERKESAN. LEBIH 80 JENIS HERBA TERPILIH.

FALSAFAH
Dapat membantu semua lapisan pengguna, khususnya yang bermasalah dengan harga mampu yang berpatutan. Kami mementingkan konsep keberkatan dalam semua aspek khususnya dalam hal-hal kesucian (Menggunakan kapsul HALAGEL yang diiktiraf oleh JAKIM),kebersihan, kualiti bahan agar memberikan keberkesanan maksima kepada pengguna. Mampu menolong mereka dengan produk yang ada, merupakan satu kepuasan bagi kami.
Untuk memastikan keberkesanan produk, kami amat mementingkan mutu dan kualiti bahan yang digunakan dalam proses penyediaannya. Di samping, menekankan konsep penyerahan dan tawakl kepada Allah, seperti amalan bacaan Al-Quran setiap kali sebelum proses dimulakan, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan seterusnya berzikir sepanjang proses penyediaan.
Pengguna perlulah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa hanya Allah sahajalah yang mampu menyembuhkan penyakit. Mudah-mudahan, sifat penyerahan dan pasrah kita semata-mata kepada Allah akan lebih membuahkan keberkatan dan seterusnya kita dapat mencapai apa yang dihajati. Teruskan usaha seiring dengan doa pada Illahi, itulah tunggak utama. Wallahua'lam.

Saturday, March 22, 2008

PETUA DAN NASIHAT PENGGUNAAN

**Makan sebaik-baiknya mengikut peraturan yang ditetapkan mengikut disiplin untuk keberkesanan maksima. Simpan produk dalam peti sejuk untuk ketahanan jangka panjang kerana ia 100% herba, tanpa pengawet.

**Kebanyakan produk, makan 2 biji pagi dan 2 biji petang/ malam sebelum makan. Pastikan perut kosong, supaya memberikan kesan yang cepat.
Contoh: Angin dalam badan dapat dikeluarkan segera sebelum sebarang makanan masuk ke dalam perut.
Manakala, ubatan hospital mengandungi bahan kimia dan tidak boleh makan sewaktu perut kosong kerana ditakuti mencederakan/ menghakis dinding perut, memberi kesan sampingan yang tidak baik.

**Banyakkan minum air, untuk memastikan perjalanan darah berjalan dengan lancar khususnya dalam proses untuk menstabilkan semula dalaman kita dengan herba.

1. Anti Athma-makan kapsul dengan menggunakan air yang mempunyai tahap kesuaman yang maksima.

2. Kacip Fatimah Manjakani dan Sihat Wanita:

**Menyusukan anak- tidak menjadi masalah untuk makan kerana ia dapat melancarkan dan menambah pengeluaran susu ibu dan membantu mengurangkan hanyir susu.

**Bayi: cirit birit-Jika anak yang menyusu menghadapi cirit birit, kurangkan dos untuk permulaan dan boleh tambah mengikut keperluan dan keadaan bayi dari masa ke semasa.

**Bayi sakit kuning- Tunggu sehingga sakit kuning bayi benar-benar sembuh, barulah ibu boleh mula makan.

**Period/bersalin-Makan sebaik2nya utk melancarkan perjalanan darah khususnya yg kerap senggugut.

**Bersalin- Sihat Wanita:Tunggu hingga seminggu, baru boleh makan. Pastikan keadaan bayi tiada masalah sakit kuning.
Kacip Fatimah: Boleh terus makan sebaik bersalin utk mengelakkan rengat. Amat membantu mengeluarkan darah beku yang tersumbat, juga mengatasi masalah sembelit.
Sementara itu, gunakan bahan-bahan luaran untuk merawat badan seperti bertungku seluruh badan dan perut(membuang darah kotor), bertangas, bedak panas (param), mandi daun segar sauna dan lain-lain.

**Sembelit selepas bersalin-Boleh makan Kacip Fatimah Manjakani mengikut keperluan.

**Rengat selepas bersalin-Boleh makan Kacip Fatimah Manjakani mengikut keperluan.

3. Set Lengkap Bersalin

Semua bahan2 seperti bedak sejuk, bedak panas (param), tapal perut yang tidak habis digunakan sewaktu berpantang jangan dibuang kerana ia boleh dijadikan lulur badan ketika mandi dan membantu mengeluarkan angin krn bahan herba yang terdapat di dalamnya.

3. Set Kesuburan

Amat disarankan bagi yg inginkan zuriat, tetapi mengalami masalah dalaman seperti senggugut yang kuat, period tidak menentu seperti period yang berpanjangan, tidak datang period atau masalah-masalah lain agar tidak terus menggunakan Set Kesuburan.

Sebaliknya, atasi masalah2 yang ada terlebih dahulu dan perbetulkan kitaran haid yang tidak menentu, masalah hormon yang tidak stabil. Ini kerana masalah2 tersebut merupakan penyumbang terbesar risiko tidak mendapat zuriat.

Cara atasi ialah dengan pengambilan 1 set pil iaitu Sihat Wanita dan Kacip Fatimah Manjakani. Kedua2nya amat penting untuk menstabilkan semula hormon wanita dan masalah period yang tidak menentu. (Lihat testimoni). Biasanya, bagi yang tidak datang period, insya Allah ia dapat membantu. Juga bagi yang period tidak henti2 ...alhamdulillah, selesai. Sihat Wanita lebih kepada memperbetulkan sistem badan yang tidak stabil manakala Kacip Fatimah Manjakani pula lebih mengkhusus kepada bahagian peranakan/ rahim / organ wanita. Pengambilan kedua2nya merupakan kombinasi yang baik untuk memperbaiki keseluruhan sistem badan.

Setelah period teratur semula atau masalah yang dihadapi selesai, barulah boleh tumpukan pula pada usaha-usaha untuk mendapatkan zuriat dan pada masa ini...bolehlah mula mengambil Set Kesuburan Wanita. Bagi suami pula, boleh mencuba Sihat Lelaki. Gunakan item2 yang ada mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pengguna juga dinasihatkan agar tidak panik atau terkejut sekiranya berlaku simtom-simtom seperti keluar darah period yang berketul, hitam pekat, tempoh period yang lebih panjang daripada biasa dll. Bagi lelaki pula demam, cirit-birit dll. Ini merupakan tanda-tanda positif dalam memperbaiki sistem badan, di mana darah2 kotor yang tersimpan lama dalam badan telah keluar. Darah2 inilah yang menjadi punca kepada kanser pangkal rahim, fibroid dll. (Rujuk kesan2 pengambilan herba dibawah).

Jangan lupa, di samping pengambilan herba2 ini jadikan doa sebagai satu cara utama kerana tanpa doa apalah ertinya usaha kita ini. Tanpa izin daripada Allah, semuanya tidak akan terjadi...
Doa banyak2, solat hajat ditengah malam (qiamullail), solat sunat taubat, tahajjud...mohon dan pasrahlah kepada Allah. Mudah2an dengan berkat kesabaran kita, Allah akan anugerahkan zuriat yang soleh/solehah satu hari nanti. Yang penting, kita tidak pernah mengenal putus asa.
Walau bagaimana pun, jika ditakdirkan usaha yang dibuat masih belum membuahkan hasil, bersabarlah dan redho di atas ketentuannya dan janganlah menyalahkan takdir. Anggaplah itu semua qada' dan qadar Allah yang perlu diterima sebagai pegangan wajib bagi umat Islam dan yakinlah semua itu ada hikmah yang tersembunyi yang Allah sahajalah yang lebih mengetahui disebalik masalah yang dihadapi. Selamat maju jaya...

**Memekatkan air mani
1.Kerapkan pengambilan bendi dan kacang kuda. Makan dengan pelbagai cara.
Boleh makan biji kurma ajwa(kurma nabi). Hancurkan dan campurkan pada makanan atau minuman. Dikatakan kurma nabi ini mempunyai 1001 khasiat untuk mengatasi masalah kelelakian. Boleh juga amalkan makan kurma itu sendiri. Niatkan dan doa untuk mendapatkan zuriat.

2. Bahan2: 1 biji kuning telur, 1 sudu madu asli, 5 biji buah keras, 1/2 susu teh ketumbar.
Cara: Bakar buah keras hingga jadi arang dan keluar minyak.Tumbuk hingga hancur beserta ketumbar. Campurkan dengan kuning telur dan madu asli. Minum setiap hari selama seminggu. Lihatlah hasilnya.

**Jamu untuk perkasa.
Bahan2: air nasi, jintan hitam, madu, minyak sapi, telur ayam hitam.
Cara: Jintan hitam ditumbuk halus. Campurkan dengan air nasi, madu, minyak sapi dan kuning telur ayam hitam. Rebus bahan2 tadi hingga masakdan makan selama 7-9 hari

**Mengatasi mati pucuk.
bahan2: Pulausari 15g, lada hitam 20 butir, telur ayam kampung 2 biji, madu asli 2 sudu makan, bawang putih 1 ulas.
Cara: Pulausari, lada hitam dan bawang putih ditumbuk halus. Campurkan dengan kuning telur dan madu. Kacau. Minum. Lakukan setiap hari selama sebulan.

**Lemah syahwat.
Bahan2: Susu lembu, telur ayam kampung, madu dan tempurung muda (lapisan dibawah isi kelapa muda).
Cara: Kacau dengan air panas. Minum setiap hari.

**Menjarakkan kelahiran

Bahan-bahan: 2 lembar daun sirih, 5 gram cekur, 5 gm kunyit, 1 senduk air kapur sirih.
Cara: Daun kunyit, cekur, sirih diblend sampai hancur. Campurkan air panas. Tapis. Dapatkan airnya segelas, campur dengan kapur sirih tadi. Minum pagi hari sebelum makan dan sebelum bersama suami. Amalkan 2-3 kali seminggu. Jika mahukan anak, hentikan minuman ini dan gantikan dengan minuman kesuburan di bawah.

**Menyuburkan rahim
Bahan-bahan: 1 biji nanas muda, 20 gm daun sirih, 1 biji limau nipis, 20 gm tapai, 20 gm pulut hitam, 5 gm kayu serapat.
Cara: Campurkan daun sirih dan kayu serapat. Hancurkan. Campurkan dengan perahan air nanas dan limau nipis. Campuran2 diatas tadi dimakan dengan tapai pulut hitam pada siang hari.

**Buang keputihan/ ketatkan vagina.
Rebus 7 helai daun sirih dan biji manjakani. Minum airnya dan gunakan air lebihan untuk basuh vagina. amalkan 3 kali seminggu.

4. Tapal Perut/ Bengkung Seri Ramping

**Mengempiskan perut
-Sapu dengan tapal perut dan ikat bengkung dengan kemas setiap pagi dan petang. Bagi yang tahan kulit (tidak gatal, melecur), boleh cuba menggunakan kapur makan dicampur dengan perahan limau nipis, dicampur tapal perut. Ia akan memberikan kesan maksima jika diamalkan sepanjang tempoh berpantang secara intensif. Perut yang menggeleber selepas bersalin akan pulih seperti sediakala. Cubalah...

5. Bedak panas (Param)

**Membuang sel/ kulit mati selepas bersalin-
kebiasaannya, selepas bersalin, kulit kita yang tegang dan membesar akan mengecut semula. Perubahan ini membuatkan kulit tidak cantik, berkedut dan sesetengah kawasan terutamanya perut akan kelihatan kehitam-hitaman kerana pengecutan kulit. Penggunaan tapal perut, bedak panas (param) semasa proses berpantang secara langsung dapat membuang angin dan seterusnya bertindak sebagai bahan lulur ketika mandi. Gosok/sental bahagian badan yang telah disapu dengan bahan-bahan tadi dan anda akan merasakan rempah pada bahan tersebut yang bertindak seperti scrub. Jangan buang lebihan bahan itu jika berbaki diluar waktu berpantang. Gunakan sebaik mungkin. Jangan ada sebarang pembaziran. Insya Allah, sel kulit mati akan hilang, malah kulit akan terasa lebih halus, licin dan segar.
Walaubagaimanapun, boleh memakai Scrub Mandi Lulur mengikut cita rasa pengguna. Selamat mencuba.

6. Dedaun Herba Mandian Sauna

**Demam yang berpanjangan
-Gunakan air mandi rebusan Dedaun Mandian Sauna.

**Mengapa herba? Mengapa mesti mandi daun ?

Kadang-kadang kita nak berubat atau sihat atau cantik dan sebagainya, tetapi kita tidak tahu apa kelebihan produk/ barang yang kita gunakan untuk tujuan tersebut. Herba merupakan tumbuh-tumbuhan segar dan asli kurniaan daripada Allah SWT kepada kita. Hanya para pengkaji dan orang-orang tertentu sahaja mampu untuk membongkar khaziat khazanah ini di samping kita mendapat maklumat daripada pembacaan. Terdapat beratus ribu jenis herba yang kita tidak ketahui dan mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri. Perubatan Islam mengiktiraf kelebihan herba dan menggunakannya dalam perubatan. Contoh yang paling diketahui umum ialah di Darussyifa'. Boleh rujuk Darussyifa Online/ Herba di Darussyifa' pada blog utama Muna (Produk dan testimoni).

Seperti yang Muna telah jelaskan tadi, antara kelebihan herba ialah ia tidak disukai oleh jin dan golongannya. Penyakit-penyakit yang wujud dalam badan berpunca daripada angin-angin tidak baik daripada mereka. Penggunaan herba secara langsung dapat membantutkan aktiviti mereka. Makan herba seperti Kacip Fatimah, Manjakani, Tongkat Ali, Ubi Jaga dan lain-lain contohnya akan membantu memahitkan darah, mandi daun-daun herba dapat membuang angin dan membersihkan luaran kita daripada pelbagai gangguan luaran.

Kebanyakan melalui pengalaman Muna sendiri, amat baik jika seseorang yang ingin memulakan rawatan...mulakanlah dengan mandian daun herba terlebih dahulu. Konsep ini boleh disamakan dengan konsep pengewapan muka sebelum facial. Secara langsung, luaran kita telah dirawat dan seterusnya dalaman pula. Kebanyakan pula, masalah demam yang berpanjangan, lesu badan, lemah dan tidak bermaya, sawan tangis...insya Allah dapat diatasi dengan mandian daun herba yang dapat mencetuskan kesegaran luaran di samping herba makan untuk dalaman pula. Sebab itulah mengapa orang tua-tua cukup peka penjagaan badan dengan penggunaan maksima bahan-bahan herba khususnya semasa berpantang (banyak gangguan kerana kita tidak dapat beramal dengan sempurna melainkan zikir) selama lebih kurang 40-60 hari selagi darah nifas masih ada. Sebab itulah para pengamal herba pada zaman silam boleh hidup lama hingga menjangkau usia ratusan tahun. Itulah yang Muna faham mengenai herba yang mahu dikongsi dengan pembaca semua.


7. Minyak Terapi Serbaguna

**Sawan tangis bayi
- sejenis gangguan pada bayi. Lumurkan Minyak Terapi Serbaguna pada seluruh anggota bayi. Urut seluruh badan bayi, ubun2 , betis dan tapak kaki bayi agar dia rasa selesa akibat sakit-sakit badan kerana tangisan dan stress yang berpanjangan. Sekurang-kurangnya dua kali sehari atau lebih mengikut keperluan. Urut bahagian kening dan kepala di mana bahagian urat-urat biru timbul ketika menangis. Selesai urut, mandikan dengan air rebusan Dedaun Mandian sauna pagi dan petang. Sapukan tapal perut selepas mandi dan pakaikan barut untuk pastikan angin tidak masuk/kembung. (Biasanya kembung juga akan membuatkan bayi kurang selesa dan kerap menangis). Amalkan setiap hari.

Amalan tambahan- Sewaktu mengurut banyakkan baca ayat-ayat Al Quran yang mempunyai kelebihan untuk menghindarkan gangguan. Niatkan bacaan itu agar Allah melindungi daripada sebarang gangguan yang tidak baik kepada bayi dan memberikan kesihatan yang baik. Contoh bacaan mudah seperti ayat 3 Qul, Al Fatihah, Ayat al Kursi, Selawat Syifa', Lau Anzalna...(Surah Al Hasyr ayat 21-24)...dan lain-lain zikir yang mudah, yang penting boleh maintain buat.

Surah Al Baqarah-Digalakkan ibu bapa bayi berusaha sendiri memohon pertolongan kepada Allah dengan menghabiskan membaca Surah Al Baqarah dalam masa 3 hari. Untuk mempercepatkan bacaan selesai, mungkin siayah boleh ambil separuh, manakala siibu pula separuh lagi. Baik untuk dijadikan amalan menghindar gangguan.

Solat Hajat- Ibu bapa bayi digalakkan melakukan solat hajat mohon pada Allah agar diselesaikan segala masalah yang berlaku.

Air Musoffa- Air ini adalah air terbaik daripada minuman herba yang diadun daripada ekstrak bunga za'faran yang dijadikan dakwat untuk penulisan ayat-ayat suci Al Quran dalam pinggan putih yang dilarutkan dengan air zam-zam dan Air Mineral Semulajadi. Amalkanlah minum air ini, campurkan dalam air susu bayi atau sudukan. Boleh dijadikan minuman seharian seisi keluarga dengan memasukkannya kedalam dispenser minuman sekeluarga untuk diminum bersama setiap hari. Semua boleh turut merasa. Air ini dan air zam-zam kini boleh didapati mudah di mana-mana farmasi seluruh Malaysia.

Bacaan Al Quran- Berusahalah sendiri mengubati anak-anak anda dengan Al Quran yang kita baca. Setiap bacaan jadikan penawar. Sediakan sebotol air dan tiupkan setiap selesai bacaan Al Quran. Air terbaik ialah air yang hidup(tidak dimasak) seperti air zam-zam, air mineral semulajadi dan lain-lain. Air yang hidup mengandungi molekul-molekul air semulajadi yang mana apabila dibacakan dengan ayat-ayat suci Al Quran, bentuk-bentuk molekulnya cantik dan bersinar seperti permata.Tiupan pada air ialah satu nafas yang panjang setiap kali tiupan. Bukan nafas pendek seperti puh..puh...tok bomoh tu. Beri minum, sapu atau campurkan sebahagian dalam air mandian bayi. Air jangan dilangkah. Boleh tambah air dan tambah bacaan pada bila-bila masa. Yakin pada bantuan Allah, insya Allah...Allah akan bantu.

8. Tongkat Azimat

**Masalah dingin dalam dalam hubungan badan


Kebiasaannya ia berlaku pada kaum wanita. Banyak faktor yang membawa masalah tersebut. Di antaranya ialah masalah psikologi (pengalaman masa lampau, pengalaman hidup, tekanan dll), gangguan makhluk halus, kurang bersedia dan lain-lain lagi. Di sini, Muna ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca beberapa cara untuk mengatasi masalah ini berdasarkan pengalaman yang berlaku pada customer yang ada.
Melalui pembacaan Muna dalam buku dan kajian yang dibuat oleh Dr. Amran Kasimin yang berkaitan dengan perubatan cara islam...lebih kurang beginilah bunyinya...makhluk halus suka mengganggu dan merosakkan manusia. Cara yang paling diminati untuk merosakkan manusia ialah melalui zuriat. Jadi, mereka sangat suka untuk bertapak pada rahim wanita dan tempat itu amat strategik dan sukar dikesan oleh pengamal perubatan. Mereka suka apabila dapat menggagalkan proses-proses kejadian manusia dan apa-apa yang menjurus ke arah itu.

Wanita adalah kaum yang lemah, tidak seperti lelaki akan didatangi haid dan nifas yang menidakkan untuk solat dan amalan-amalan suci yang lain. Pada masa inilah, gangguan senang masuk terutama sekali jika kita dalam keadaan lemah, lalai, lupa, bermasalah (susah hati), marah dan lain-lain. Selain beribadah mohon kepada Allah kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Alhamdulillah, setakat ini Tongkat Azimat banyak membantu menyelesaikan masalah dingin ini. Bahan-bahan herba yang terkandung di dalamnya mengandungi 1001 khasiat yang mana kita maklum antaranya ialah tidak disukai oleh jin dan golongan mereka. Apabila kita menggunakannya dan memasukkan ke dalam rahim, secara langsung tempat mereka telah diganggu dan menghalau mereka keluar dari situ.

Pada masa yang sama, amalan-amalan seharian kita seperti bacaan Al Quran boleh dijadikan penawar untuk mengubati diri sendiri. Selain untuk mendapatkan pahala, setiap bacaan Al Quran itu niatkanlah juga untuk kesembuhan kita daripada apa sahaja bebanan masalah atau penyakit yang dialami. Pegang kawasan ari-ari sambil membaca Al Quran. Niatkan untuk mengusir apa sahaja gangguan yang ada. Mana-mana sahaja kawasan di badan yang sakit kita boleh buat macam ini. Yakin dengan pertolongan Allah. Amalkan setiap hari atau bila-bila masa kita baca Al Quran. Secara tidak langsung, kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah dan seterusnya dapat menyembuhkan penyakit/ masalah yang ada, insya Allah. Cubalah. Ini sekadar nasihat untuk membantu sesama manusia. Biarlah ikhtiar kita seiring dengan doa kepada Allah. Kalau Allah tak izin , ia tak akan jadi. Sebab itulah...usaha-usaha dan amalan ruhaniyat ini penting dan perlu mendapat tempat yang utama sebelum usaha-usaha yang lain. Mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah.

**Kesan penggunaan herba-mesti baca

Merawat penyakit terlebih dahulu, betulkan sistem badan, tindak balas awal
Biasanya pengambilan produk-produk yang berasaskan herba akan berfungsi merawat penyakit terlebih dahulu dan membetulkan sistem badan yang tidak stabil. Proses ini merupakan tindak balas awal.Herba-herba ini akn membantu membaikpulih dalaman seperti peranakan wanita, mencairkan lemak, kolestrol dan menyah toksin dalam darah kita. Biasanya yang berlaku pada wanita ialah darah period yang keluar berwarna hitam pekat. Ini kerana herba bertindak mengeluarkan darah-darah kotor yang tidak keluar habis semasa period atau tempoh berpantang. Kuantiti darah yang keluar bergantung kepada tahap kesihatan kita. Jadi, jangan terkejutlah ye jika keluar darah sebegitu.

Keluarkan darah kotor, lancarkan perjalanan darah
Untuk pengetahuan semua, darah-darah kotor ini perlu dikeluarkan kerana ia boleh memberi kesan jangka panjang yang tidak baik dan menggangu sistem badan kita. Antaranya ialah risiko fibroid dan barah pangkal rahim. Barah amat digeruni oleh semua akan terhasil kerana wujudnya sel-sel baru yang akan mengambil alih sel-sel darah kita. Oleh itu, kita perlulah memastikan darah kita sentiasa bersih dan mengalir dengan lancar ke seluruh sistem badan . Apabila sistem badan sihat, keseluruhan jasad juga turut sihat. Semua pengambilan produk herba ini menjadi salah satu ikhtiar kita untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut. Semua orang maklum, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Jangan terkejut jika period tak menentu, tempoh pemulihan
Bagi yang mengalami period yang tidak seperti kebiasaan selepas mengambil produk herba, jangan bimbang kerana pada tahap ini antibodi badan sedang mengesan benda yang masuk ke dalam darah. Jika hormon pada herba yang masuk adalah sama dengan dengan hormon dalam darah, ia tidak menjejaskan antibodi badan. Jadi, tidak akan berlaku gangguan pada period. Sebaliknya, jika hormon herba yang masuk tadi tidak sama dengan hormon dalam darah, maka proses penyesuaian hormon baru pun berlaku dan antibodi terbentuk. Dalam proses ini, period kita akan terganggu selama beberapa tempoh masa selagi penyesuaian hormon masih berlaku.
Ia tidak berterusan, tetapi bergantung kepada antibodi kita. Antibodi yang kuat akan mengambil masa yang singkat, manakala yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk tempoh penyesuaian itu.

Lawas buang najis, buang angin, pening pun ada juga...
Selain itu, herba-herba ini akan membakar lemak, kolestrol dan toksin dalam darah. Ia dipecahkan dan dibuang bersama dengan najis besar atau angin (kentut). Jangan risau jika berlaku kekerapan membuang air atau pening pada peringkat awal pengambilan produk herba.
Kesan yang bahaya apabila membiarkan kolestrol berada lama dalam darah ialah penyakit stroke. Ini berlaku kerana darah yang mengandungi kolestrol akan menjadi pekat. akibatnya, oksigen gagal untuk dibawa keseluruh badan. Na'uzubillah...mudah-mudahan dengan mengamalkan herba 100% ini menjadi satu ikhtiar kita menghindarkan diri daripada stoke.

Awet muda...jangan tak tau..
Dengan herba juga, dapat membantu memperlahankan proses penuaan. Ini kerana herba mengandungi supplement semulajadi hormon tumbesaran manusia yang dirembeskan melalui otak. Hormon ini banyak dihasilkan sewaktu usia muda dan pada peringkat ini kecantikan dan kesihatan terserlah kerana hormon yang mencukupi. Semakin bertambah usia kita, semakin berkurangan hormon ini dirembeskan. Pada peringkat ini pula, graf kecantikan wanita akan menurun kerana proses penuaan yang telah bermula. Kesimpulannya, dengan mengambil herba dapat membantu memperlahankan proses penuaan kerana ia mampu untuk menyumbangkan hormon tumbesaran manusia secara semulajadi dalam badan kita. Lihat saja golongan orang tua2 di daerah Tibet dan China yang panjang umur hingga berusia ratusan tahun malah sihat tiada penyakit. Mereka adalah pengamal herba daripada tumbuhan semulajadi.

*Sesiapa yang sanggup dan telah selesai melalui tempoh pemulihan itu...alhamdulillah, anda telah sihat dan teruskanlah makan produk herba khususnya HERBA KESIHATAN DAN KECANTIKAN MUNA ASY SYIFA' sampai bila-bila...jadikanlah rutin harian hidup anda...kena ingat selalu...dengan herba bukan sahaja sihat malah semakin cantik...

**Petua awet muda
1. Ambil 7 helai daun sirih. Cuci bersih dan rebus dengan 3 gelas air. Setelah direbus, jadikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk diminum (besereta selawat) dan 1 bahagian lagi digunakan untuk mencuci keintiman wanita (intimate wash) sementara masih suam. Amalkan 2 kali seminggu. Insya Allah...ini merupakan petua orang tua-tua yang dah diamalkan oleh mereka sejak dahulu lagi dan sesiapa yang rajin mengamalkannya, insya Allah memang nampak kesannya...cubalah.

2. Ambil air kelapa. Kalau nak masak lemak guna santan, janganlah dibuang air kelapa begitu sahaja. Ini kerana sesiapa yang amalkan basuh muka dengan air ini memang kelihatan muda tak kira lelaki atau perempuan. Memang tak percaya dengan usia orang tu...ini pengalaman Muna sendiri. Ingatkan dia bawa adik-adiknya yang ramai tu..rupa-rupanya dia bawa anak sendiri. Macam adik-beradik je kalau tengok. Rupa-ruypanya bila ditanya, inilah petua yang diamalkan oleh ibunya yang diperturunkan kepadanya. Menurutnya, ibunya sehingga kini memang muda dan ramai tak menyangka usianya disebalik wajahnya yang muda...

**Sakit kepala
Rebus 7 helai daun belimbing buluh dan dicampur dengan 7 ulas asam keping. Minum dan amalkan 3 kali sehari sehinggalah kekerapan sakit kepala berkurangan dari masa ke semasa.

**Cepat pecah bisul
Ambil segenggam pokok dukung anak. Hancurkan/ blend dengan tepung pulut dan sapukan pada bisul tersebut. insya Allah cepat pecah dan keluar mata bisul...

**Melambatkan tumbuh uban/ buang angin/ migrain
(Petua ini telah diamalkan oleh seorang makcik yang berumur 70-an dan sehingga kini rambutnya masih tetap hitam tanpa sehelai uban pun...sedangkan anaknya yang berumur 50-an dah penuh uban)
Bahan-bahan: santan, daun peria, daun ati-ati, daun limau mentimun
Cara: Gaul semua bahan, elok jika blend/ hancur, tak perlu campur air lagi. Letakkan di atas kepala daripada selepas subuh hingga ke zohor. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.